فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Friday 13 October 2017

Nabi Ishak Alaihi Salam Lahir Ketika Umur Ibunya 90 Tahun

Dalam bahasa Ibrani, Ishaq bernama Yashak yang bererti Yadhak. Diistilahkan demikian karena ibunya tertawa ketika mendengar khabar gembira dari malaikat iaitu hamil di masa tua. Kisah ini ada disebutkan dalam al-quran, dalam surah Al-Hijr, bermaksud,

Ketika mereka masuk ke tempatnya (rumah nabi Ibrahim as) lalu mengucapkan Salam. Berkata Ibrahim, “Sesungguhnya kami merasa takut.” (AlHijr: 52)

Mereka berkata: “Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi khabar gembira kepadamu dengan kelahiran seorang anak laki-laki (yang akan menjadi) orang yang alim.” (Al Hijr: 53)

Berkata Ibrahim: “Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu khabarkan ini?”(Al Hijr: 54)

Mereka menjawab : “Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu, sesungguhnya kami termasuk yang benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa”. (Al Hijr: 55)

(Nabi) Ibrahim as berkata: ‘Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Robnya, kecuali orang-orang sesat”. (Al Hijr: 56)

Kisah Nabi Ishak as, rukun islam pertama, para nabi dan rasul Allah sebarkan syahadah lailahaillallah

Kisah Nabi Ishak as, rukun islam pertama, para nabi dan rasul Allah sebarkan syahadah lailahaillallah
Sebelum lahir ke dunia di alam roh kita telah berjanji kepada Allah, untuk bersaksi (bersyahadah). Rujuk Al’araf ayat 172. Allah berfirman, “Bukankah Aku Rob kamu?” Mereka (roh) menjawab: “Benar (Engkaulah Rob kami), kami bersaksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

Sebelum lahir ke dunia di alam roh kita telah berjanji kepada Allah, untuk bersaksi (bersyahadah). Rujuk Al’araf ayat 172. Allah berfirman, “Bukankah Aku Rob kamu?” Mereka (roh) menjawab: “Benar (Engkaulah Rob kami), kami bersaksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

Nabi Ishak alaihissalam adalah putera Nabi Ibrahim alaihissalam bersama isteri baginda Sarah. Nabi Ishak alaihissalam dilahirkan ketika ibunya berusia 90 tahun, manakala bapanya 100 tahun. Ini kerana Sarah sebelum itu mandul dan kelahiran Nabi Ishak alaihissalam terlalu lama jaraknya dengan kelahiran Nabi Ismail alaihissalam oleh ibunya, Hajar. Jadi, tidak hairan Sarah tertawa bersendirian karena gembira apabila diberitahu malaikat dia bakal melahirkan anak.

Jika keturunan Nabi Ismail alaihissalam melahirkan bangsa Arab Musta’ribah, keturunan Nabi Ishak alaihissalam pula melahirkan Bani Israel. Yang mana bermula daripada anaknya, Yaakub, muncul ramai nabi dari kalangan Bani Israel. Firman Allah: “Dan Kami jadikan kenabian dan al-Kitab pada keturunannya.” (al-Ankabut, 27)

Nabi Ishak alaihissalam adalah seorang yang soleh. Keberkatannya dikhususkan Allah seperti keberkatan pada bapanya, Nabi Ibrahim alaihissalam . Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami beri dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishak, seorang nabi yang termasuk orang soleh. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishak dan antara cucunya ada yang berbuat baik dan ada yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.”

Allah menjelaskan kebijaksanaan Nabi Ibrahim alaihissalam , anaknya, Nabi Ishak alaihissalam dan cucunya, Nabi Yaakub alaihissalam dalam firmannya: “Dan ingatlah hamba Kami bahawa Ibrahim, Ishak dan Yaakub mempunyai ilmu yang tinggi. Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan mereka) akhlak tinggi, iaitu senantiasa mengingatkan (manusia) kepada akhirat. Dan mereka pada sisi Kami benar-benar termasuk orang pilihan yang paling baik.”

Nabi Ishak alahissalam juga adalah seorang Rasul Allah sebagaimana yang disebutkan dalam surah An nisa ayat 163,


Setiap para rasul Allah diwahyukan tentang lailahaillallah, kisah nabi ishak
Syahadah LailahaillAllah bukan ilmu baru. Lailahaillallah adalah perjuangan semua rasul Allah membawa manusia kepada keimanan, mengingatkan kita tentang perjanjian di alam roh dahulu
“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang datang kemudian. Dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’kub, dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud. (An Nisa’: 163)

Setiap para rasul Allah diwahyukan tentang lailahaillallah, kisah nabi ishak

Syahadah LailahaillAllah bukan ilmu baru. Lailahaillallah adalah perjuangan semua rasul Allah membawa manusia kepada keimanan, mengingatkan kita tentang perjanjian di alam roh dahulu
Apakah yang diutuskan dan diwahyukan kepada setiap para Rasul Allah?

Surah Anbiya’ ayat 25, ALLAH berfirman, “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad ﷺ) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan (segala intipati, rahsia, keajaiban, maksud, ilmu, kefahaman tentang ilah) kepadanya, “Bahawa sesungguhnya tiada ILAH melainkan AKU, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”

Setiap para nabi (anbiya) menyebarkan syahadah LailahaillAllah. Ketika para nabi dan Rasul Allah diwahyukan tentang tiada ILAH melainkan AKU (Allah) iaitu dari kalimah tiada ILAH melainkan ALLAH, (LailahaillAllah), sebenarnya tersirat kefahaman itu dari kisah cerita mereka. Allah swt sangat berhikmah dalam setiap pembelajaran.

Apakah kisah Nabi ishaq alahissalam, yang secara tak langsung tersirat kefahaman tentang Ilah?


Ilah dari kalimah LailahaillAllah, yang kalimah itu terkandung dalam Syahadah rukun Islam Pertama, iaitu “Asyhadu anlailahaillAllah, wasyhadu anna muhammadar rosulullah”

rukun islam pertama kaitan kisah nabi ishak kalimah syahadah

rukun islam pertama kaitan kisah nabi ishak

 Aku Bersaksi tiada ILAH melainkan ALLAH dan Aku Bersaksi Muhammadﷺ Pesuruh ALLAH

Al-Quran tidak menjelaskan mengenai Nabi Ishak alaihissalam secara khusus. Namun menurut riwayat, pada saat Nabi Ibrahim alaihissalam hampir berehat bertemu Allah, Nabi Ishak alaihissalam mahu berkahwin. Tetapi Nabi Ibrahim alaihissalam tidak mahu Nabi Ishak alaihissalam berkahwin dengan wanita Kan’an karena mereka tidak mengenali Allah.

Bapanya kemudian mengutuskan seorang hamba untuk melamar gadis di Hanan (Iraq). Gadis yang dipilih bernama Rifqah binti Bitauel bin Nahur. Nahur adalah saudara Nabi Ibrahim alaihissalam, manakala Rifqah adalah cucu saudaranya.

Genap 10 tahun perkahwinan mereka, Nabi Ishak alaihissalam dikurniakan dua anak lelaki, iaitu ‘Iso (dalam bahasa Arab disebut Al-Ish) dan Yaakub. Nabi Ishak alaihissalam lebih menyayangi Al-Ish daripada Yaakub karena merasa tidak senang berikutan Rifqah menyayangi Yaakub.

Persoalannya mengapakah Nabi Ibrahim alaihissalam, mementingkan keluarga yang mengenali ALLAH untuk dijadikan isteri kepada Nabi Ishak alaihissalam?


 “Bagaimanakah cara untuk mengenali ALLAH? Mari kita tafakur bersama..”
Setiap para Rasul ALLAH diwahyukan tentang LAILAHAILLALLAH.(surah anbiya, ayat 25)

Melalui kalimah LailahaillALLAH, “Tiada ILAH melainkan ALLAH” pentingnya untuk kita mengenal ALLAH. Kenal Allah, barulah kita benar beriman kepada ALLAH. Kenal dengan bersyahadah (bersaksi).

Ilmu syahadah LailahaillALLAH (ilmu amalan rukun Islam pertama)  yang Rasulullah Sollallahualaihiwasalam sampaikan, dakwahkan 13 tahun lamanya untuk diamalkan bagi menambah iman para sahabat. Ingat! Solat 5 waktu, belum diperintahkan ketika itu.

LailahaillAllah penting, sehingga Allah memerintahkan untuk kita umat Islam mempelajarinya. Rujuk Surah Muhammadﷺ ayat 19, “Pelajarilah, sesungguhnya Tiada ILAh melainkan ALLAH.”

Dengan mengenal ilah melalui syahadah (bersaksi) dengan ilmu kalimah LailahaillAllah, rukun Islam pertama barulah kita boleh mengenal ALLAH dengan bersyahadah.

Mengenal ALLAH dengan syahadah bermula dengan kenal ILAH, syahadah ILAH, ilmuNya wajib dipelajari, sesuai dari bayi, kanak-kanak, remaja hingga dewasa, sebagaimana dibawa oleh setiap Rasul ALLAH. Ilmu ALLAH sangat sistematik, langkah demi langkah, dari peringkat akal, qalbu, roh hingga ke sirr.

Marilah bersama pasang niat, untuk mempelajarinya. Agar akhir kalam dapat mengucap, berkalam dengan LailahaillALLAH. Amin Ya Rob.

Sumber: universalsyahadah.wordpress.com

No comments:

Post a Comment