فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Sunday 25 February 2018

Sheikh Dr. Ismail Dicemuh dan Difitnah di Tanah Sendiri Tetapi Disanjung di Persada Dunia

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat


Sheikh Dr. Ismail Kassim seorang nama besar yang kian diterima di arena antarabangsa. Walaupun anak kelahiran Sabah ini sering difitnah dan dituduh sesat kerana ketegasan beliau dalam menyampaikan dakwah syahadah rukun islam pertama. Beliau tetap teguh terus berdiri tegak dalam usaha menyampaikan dakwah Syahadah ke seluruh dunia.

Kejayaan demi kejayaan membawa kalimah syahadah ke persada dunia membuktikan usaha dakwah Sheikh Dr. Ismail Kassim kian diterima dimata dunia. Beliau sering menegaskan dalam banyak tausiyahnya, apa yang disampaikan oleh beliau bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah disampaikan oleh RasullAllah  ﷺ  sendiri selama 13 tahun iaitu ilmu dan amalan rukun islam pertama iaitu Fa'lam annahu La ilaha illAllah (47:19). Kemudian Rukun kedua solat, puasa, haji setelah hijrahnya nabi  ﷺ  ke Madinah Al-Munawarrah. Beliau hanya menyampaikan peringatan sepertimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanawataala

"Sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan,"
(Surah 48:8)

World Sufi Forum 2016

Penganjuran World Sufi Forum yang telah berlangsung di New Delhi 2016 merupakan salah satu tanda kejayaan dalam usaha Sheikh Dr. Ismail Kassim menyampaikan dakwah kalimah Syahadah La ilaha illAllah Muhammadur RasulAllah  ﷺ . Sheikh Dr. Ismail merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang dihadiri dari ribuan ulama seluruh dunia. Dalam ucapan pendek hanya lebih kurang 10 menit, rata-rata audien mengatakan ucapan beliau sangat memberi impak kepada dalaman mereka tentang kepentingan Syahadah rukun islam pertama yang selama ini diabaikan.



International Syahadah Conference 2017

Walaupun program International Syahadah Conference 2017 berprestij berlangsung di Malaysia ini cuba dihalang oleh pihak berkuasa munafik di tanah air sendiri, namun itulah janji Allah hanya bantu orang mukmin. Program berlangsung dgn lancar selama 2 hari yang dihadiri oleh ulama dari 13  buah negara membuktikan apa yang diperjuangkan oleh Sheikh Dr. Ismail Kassim bukanlah sesuatu yang baru dan boleh dilabelkan sesat.



Sheikh Dr. Ismail Kassim adalah seorang pejuang akhir zaman yang benar-benar memperjuangkan kalimatul hiyal ulya iaitu menjadikan kalimah Allah La ilaha illAllah tertinggi di sanjung dan dimuliakan di alameen ini.

“Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)

Dalam usaha dakwah begini Sheikh Ismail Kassim di perang,  dituduh sesat, dimusuhi dan ingin dibunuh oleh orang munafik kerana tidak senang beliau menegakkan kalimah La ilaha illAllah. Pembunuhan zaman ini bukanlah menggunakan senjata tetapi pembunuhan dengan cara menfitnah.

"dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
(Surah 2:191)

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat

Walaupun Sheikh Dr. Ismail Kassim sering di fitnah sebagai sesat tetapi ada  perkataan yang sinonim dan tidak boleh dipadam selamanya dengan Sheikh Dr. Ismail Kassim iaitu Kalimah Syahadah dan La ilaha illAllah. Ramai diantara yang pernah duduk menghadiri majlis ilmu, tausiyah beliau, mereka mengatakan bila sebut Sheikh Dr. Ismail Kassim apa yang teringat diminda adalah La ilaha illAllah.

Perjuangan seperti Sheikh Dr. Ismail Kassim sangat sukar untuk diketemukan diakhir zaman begini kerana ramai diantara ugamawan hari ini lebih mementingkan ilmu amalan yang lain langsung mengabaikan kepentingan mempelajari rukun islam pertama syahadah.

Sangat beruntung di Malaysia, mempunyai seorang pejuang yang lantang menyuarakan kepentingan syahadah ke seluruh dunia. Ulama begini lah yang sebenarnya perlu dihasilkan oleh negara dari duduk berhawa dingin di kerusi empuk sambil mencari-cari fitnah.

Marilah kita semua kembali kepada jalan yang asal. Bukan bermaksud kita  perlu abaikan rukun yang lain tetapi kita juga mengadili kesemua rukun mengikut tertibnya. Amin..


No comments:

Post a Comment